MonaVie - MLM Terbaik Untuk Dunia.






1. Siapakah MonaVie?

MonaVie adalah sebuah syarikat di mana mementingkan alam dan sains bergabung untuk meneroka kuasa buah-buahan bermanfaat dunia ini. Produk-produk jus kami yang berzat tertumpu pada lakuran yang mengecurkan beri açai (disebut "ah-sai-ee")-dijumpai hanya di kawasan-kawasan terpencil Amazon–dan 18 buah-buahan lain yang enak. Produk-produk jenama MonaVie direka dengan falsafah Seimbang-Kepelbagaian-Kesederhanaan dan menawarkan rasa yang berbeza. Hasilnya adalah suatu minuman yang mencergaskan dan menyegarkan yang mempromosikan cara hidup yang seimbang.

2. Mengapakah anda memilih pasaran rangkaian untuk mengedar barangan anda?

Itu mudah; ia adalah mengenai orang. Seluruh tujuan syarikat kami, barangan kami dan peluang perniagaan kami adalah untuk memajukan dan meningkatkan kehidupan orang di merata dunia. Dan apa cara yang lebih baik daripada mencapainya melalui perhubungan peribadi dan kuasa pasaran rangkaian.

3. Bilakah MonaVie ditubuhkan? 

MonaVie diperkenalkan pada bulan Januari 2005 dan telah secara cepat menjadi suatu pasaran rangkaian yang telah mengembang secara paling cepat dan diperbualkan paling banyak tentang syarikat pasaran rangkaian di dunia. Kami rasa pertumbuhan dan keghairahan mengelilingi MonaVie adalah akibat faedah-faedah yang dialami oleh individu-individu dengan produk-produk unik kami dan kejayaan yang mereka boleh dapati dengan peluang kami yang bermanfaat.

4. Apakah itu Projek MORE?

Projek MORE™ membantu membekalkan makanan, perlindungan, pakaian dan pendidikan kepada kanak-kanak Brazil yang miskin, yang kerap menjadi yatim piatu di Rio de Janeiro. Bagi kanak-kanak ini, Projek MORE mewakili harapan yang lebih, kesihatan yang lebih, kesayangan yang lebih, dan kecintaan yang lebih. Melalui inisiatif murah hati ini, Projek MORE memberikan balik kepada dunia yang telah memberikan pelbagai kepada kita, dalam bentuk beri açai.

5. Bagaimanakah MonaVie membantu dalam melindungi Hutan Hujan Amazon?

Setiap minggu, penceroboh menebang secara haram antara 5,000 dan 10,000 pohon açai cuma dengan menuai 12-inci daripada bahagian pokok dikenali sebagai bahagian tengah pohon (atau "palmito"). Apabila pokok-pokok ini dihapuskan, ia tidak akan tumbuh kembali. Dengan mewujudkan permintaan bagi beri açai, MonaVie telah memberikan penduduk tempatan insentif ekonomi untuk hanya menuai beri-beri dan bukan bahagian tengah pohon tersebut. Ini bukan sahaja menjamin pokok-pokok dan Hutan Hujan Amazon, tetapi juga memberikan sumber pendapatan yang berterusan bagi penduduk-penduduk tempatan.

6. Di negara-negara manakah MonaVie beroperasi?

MonaVie mengedarkan produk-produk ke pasaran di merata dunia, termasuk negara-negara di Amerika Utara dan Selatan, Asia, Pasifik Selatan, Eropah dan Timur Tengah. Kami berkembang secara pesat ke pasaran-pasaran lain sambil kami membina jenama yang benar-benar global. 

7. Di manakah Ibu Pejabat Dunia MonaVie? 

10855 South River Front Parkway, Suite 100
South Jordan, Utah 84095
 

8. Adakah MonaVie menggunakan gelas yang dikitar semula dalam botol gelasnya? 

Ya. MonaVie juga menggalakkan pengedar-pengedarnya dan para pelanggannya untuk mengambil kesempatan akan perkhidmatan kitar semula di negeri-negeri atau negara-negara (di mana ia didapati). 




 

 Lembaga Penasihat Saintifik MonaVie

Menawarkan perkhidmatan perundingan kepada MonaVie tentang isu-isu saintifik mengenai syarikat ini dan produk-produknya.

 

Dr. Penny Kris-Etherton

Dr Penny Kris-Etherton, PhD, RD, telah berada di fakulti Universiti Pennsylvania State di Amerika Syarikat sejak 1979, dan merupakan Profesor Nutrien yang masyhur di University Pennsylvania State sejak 1996. Beliau kini merupakan ahli Persatuan Dietetik Amerika, Persatuan Amerika bagi Nutrien, Persatuan Amerika bagi Nutrien Klinikal, Persatuan Pendidikan Nutrien, Persatuan Penyelidikan Saintifik Sigma Xi dan pelbagai Majlis Persatuan Jantung Amerika, termasuk Jawatankuasa Nutrien AHA. Tambahan pula, beliau merupakan anggota Lembaga Jantung Wanita dan Persatuan Lipid Kebangsaan, dan merupakan Presiden Membentuk Kesihatan Amerika dan Persatuan Lipid Timur Laut.

Dr Kris-Etherton telah bertugas sebagai ahli jawatankuasa kebangsaan yang berprestij dan panel kaji semula termasuk Panduan Dietari 2005 bagi Jawatankuasa Penasihat Amerika, Panel Sains Akademi Kebangsaan bagi Makronutrien, Jawatankuasa Nutrien Persatuan Jantung Amerika, Bahagian Kajian Nutrien NIH, Panel Rawatan Orang Dewasa Kedua Program Pendidikan Kolesterol Kebangsaan, Pasukan Petugas ASCN/AIN bagi Asid Lemak Trans dan Jantung Wanita. Beliau pernah menjalani beberapa pelantikan lembaga editorial, termasuk jurnal-jurnal seperti The Journal of Clinical Lipidology, Lipids, Current Atherosclerosis Reports, American Journal of Clinical Nutrition, Journal of the American Dietetic Association, Journal of Nutrition Education, and International Journal of Sports Nutrition.

Dr. Kris-Etherton telah menerbitkan lebih daripada 200 kertas saintifik, 25 bab-bab buku dan telah menulis bersama empat buku. Beliau merupakan penerima Anugerah Lederle bagi Penyelidikan Nutrien Manusia yang dianugerahkan pada tahun 1991 oleh Persatuan Amerika bagi Sains Nutrisi. Pada tahun 1998 beliah dipilih bagi Anugerah Asas bagi Kecemerlangan dalam Penyelidikan oleh Persatuan Dietetik Amerika dan menjadi ahli Persatuan Jantung Amerika pada tahun 2001. Pada tahun 2005, beliau menerima Anugerah Penyelidikan Elaine Monsen dari Penubuhan Persatuan Dietetik Amerika. Pada tahun 2007, beliau menerima anugerah Marjorie Hulsizer Copher- anugerah tertinggi yang dikurniakan oleh Persatuan Dietetik Amerika bagi sumbangan-sumbangan beliau kepada profesion dietetik.

"Saya rasa bangga menjadi sebahagian daripada Majlis Penasihat Saintifik MonaVie. Saya percaya MonaVie mempunyai dan akan sentiasa menetapkan standard bagi industri minuman nutrisi dalam mempromosikan kesihatan dan kebaikan di kalangan komuniti-komuniti di merata dunia."
Dr. Penny Kris-Etherton
Majlis Penasihat Saintifik MonaVie

 

Dr. Alex Schauss

Dr. Alex Schauss, PhD, FACN, merupakan seorang saintis utama dalam Bahagian Produk-produk Semulajadi dan Perubatan bagi AIBMR Life Sciences, Inc. di Puyallup, Washington, USA bagi 27 tahun. Beliau merupakan Profesor Penyelidikan Tambahan Perubatan Botanik dan bekas Profesor Klinikal Penyelidikan Produk-Produk Semulajadi di Kolej Kebangsaan Perubatan Naturopatik di Portland, Oregon.

Dr. Schauss telah menjadi ahli Kesihatan Institut Kebangsaan, Pejabat Majlis Penasihat Perubatan Alternatif, ahli Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Ad Hoc bagi Pejabat NIH Diet Tambahan, seorang pengkaji semula standard botanical dan maklumat monograf bagi Konvensyen Farmakopia Amerika Syarikat, dan pengkaji semula bagi Maklumat Bibliografik Antarabangsa dalam pangkalan data Diet Tambahan (IBIDS), diselenggara melalui Pusat Maklumat Makanan dan Nutrien, Perpustakaan Pertanian Kebangsaan dan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), dan telah mewakili Amerika Syarikat sebagai ahli pengundian Kumpulan Kajian bagi Promosi Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Beliau merupakan pengarang atau pengarang bersama bagi lebih daripada 150 kertas atau kerja yang telah wujud dalam pelbagai jurnal saintifik. Pada tahun 2005, Dr. Schauss menerima Anugerah Linus Pauling “bagi sumbangan dalam sains perubatan” dari Kolej Amerika bagi Pembangunan Perubatan. Beliau disenaraikan dalam Who's Who in America, American Men and Women of Science, International Who's Who in Science and Engineering, Who's Who in Medicine and Healthcare, dan Who's Who in the World.

"Sesudah mempelajari pemakanan bagi lebih daripada 30 tahun, saya telah mencipta suatu penghargaan secara mendalam bagi nilai nutrisi yang tinggi yang terdapat dalam acai. Saya menanti untuk berkongsi penemuan-penemuan masa depan dengan anda sambil kami terus mempelajari lebih lagi tentang beri acai dan bagaimananya, ia sebagai sebahagian daripada jenama MonaVie, ia memanfaatkan orang ramai."
Dr. Alex Schauss
Majlis Penasihat Saintifik MonaVie

 

Dr. Stephen T. Talcott

Dr Stephen T. Talcott, PhD, merupakan Profesor Madya Kimia Makanan dalam Jabatan Pemakanan dan Sains Makanan di Universiti Texas A&M di Amerika Syarikat. Sebelum itu beliau merupakan Profesor Madya Kimia Makanan di Universiti Florida (Jabatan Sains Makanan dan Pemakanan Manusia). Beliau menerima PhD beliau di Sains dan Teknologi Makanan dari Universiti Arkansas.

Dr. Talcott merupakan ahli profesional daripada Institut Ahli-ahli Teknologi Makanan dan aktif dalam menyelidik, memproses dan mempromosikan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan komponen bioaktif. Sebelum memasuki academia, Dr Talcott bertugas sebagai Penyelia Kimia di Makmal Silliker Texas.

Seorang pakar yang utama dalam beri acai, Dr Talcott terkenal bagi sumbangan penting beliau dalam mengembangkan fahaman fitokimia, kestabilan, faedah kesihatan dan kebolehpasaran acai sejak tahun 2002. Beliau telah menerbitkan beberapa artikel mengenai acai dan juga lebih daripada 55 artikel-artikel yang dikajisemula oleh teman sekerja dalam jurnal kimia makanan tahap tinggi, lebih daripada 50 abstrak teknikal, dan enam bab-bab buku. Dr Talcott juga khusus dalam penstabilan dan perubahan yang mengambil tempat dalam sebatian antioksidan sewaktu pengendalian selepas penuaian, pemprosesan makanan dan penyimpanan.

"Saya amat tertarik pada tahap sains dan penyelidikan yang MonaVie libatkan dalam portfolio produknya dan dalam usaha-usaha pembangunan produk. Tahap komitmen ini bagi makanan dan kualiti pemakanan menjadikan MonaVie berbeza, dan saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada organisasi yang menjadikan faktor-faktor ini sebahagian daripada nilai-nilai utamanya."
Dr. Stephen T. Talcott
Majlis Penasihat Saintifik MonaVie

 


Dr. Nathan D. Wong

Dr. Nathan D. Wong, PhD, M.P.H merupakan Profesor dan Direktor bagi Program Pencegahan Penyakit Jantung, Bahagian Kardiologi, Jabatan Perubatan, Sekolah Perubatan, Universiti Kalifornia, Irvine di Amerika Syarikat. Dr Wong merupakan ahli Majlis Persatuan Jantung Amerika bagi Epidemiologi dan Pencegahan dan Kolej Amerika Kardiologi.

Beliau telah mengarang atau mengedit lebih daripada 100 penerbitan dan bab-bab buku yang dikaji-semula oleh teman sekerja, dan juga tiga buku teks. Dr Wong bertugas dalam lembaga editorial bagi Pencegahan Kardiologi, Jurnal Sindrom Kardiometabolik, dan Jurnal Amerika Perubatan Kardiovaskular.

"Saya telah tertarik dengan komitmen MonaVie untuk mencipta produk-produk yang bermanfaat yang mengandungi bahan-bahan yang disokong oleh sains. Masa depan MonaVie adalah cerah, dan saya sungguh gembira kerana mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya."
Dr. Nathan D. Wong
Majlis Penasihat Saintifik MonaVie


 


Dr. Bernie Landes

Sejak beliau memulakan karier beliau dalam industri nutrisi pada tahun 1977, Bernie Landes telah berada di barisan hadapan hampir setiap trend utama dalam bidang makanan asli dan nutrisi tambahan. Berperanan Pengarah dan Pengurus Besar bagi sebilangan syarikat, beliau membantu menggerakkan beberapa daripada jenama makanan asli yang paling berjaya dalam sejarah.

En. Landes telah bertugas sebagai ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Makanan Nutrisi Kebangsaan sewaktu masa formulasi, pendebatan dan pembentukan Akta 1994 Kesihatan Dietari Tambahan dan Pendidikan. Beliau juga bekerja rapat dengan Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika dalam pembentukan Akta 1990 Pelabelan Nutrisi dan Pendidikan dan memberikan keterangan di hadapan Kongres mengenai masa depan makanan Organik.

En. Landes kini bertugas sebagai Presiden Kumpulan Perunding Produk-Produk Nutrisi, memberikan bantuan rundingan yang luas bagi para pelanggan, termasuk saintifik, regulatori, komersil, dan M&A. Beliau menerima B.S. dalam Pentadbiran Perniagaan dan M.B.A dalam Pemasaran/Psikologi Konsumer dari Universiti Delaware.

Bertugasan sebagai Presiden MSAB:
"Saya menganggapnya sebagai suatu peluang yang jarang wujud untuk bekerja bersama sebuah organisasi yang mempunyai tahap integriti, keghairahan dan komitmen kepada kecemerlangan yang tinggi dalam bidang nutrisi. Bilangan kajian saintifik yang menyokong produk dan kandungan MonaVie membezakan MonaVie daripada syarikat lain yang pernah saya bekerja. Bertugas sebagai presiden bagi Lembaga Penasihat Saintifik adalah suatu peluang yang membentuk karier dan saya bangga untuk berupaya membawa lebih daripada 30 tahun pengalaman untuk menyokong MonaVie."
Dr. Bernie Landes
Presiden, Lembaga Penasihat Saintifik MonaVie

 


Dr. Paul Clayton

Dr Paul Clayton tamat universiti dengan kepujian tertinggi dalam Farmakologi Perubatan dari Universiti Edinburgh, sebelum memperolehi PhD beliau.

Beliau merupakan ahli utama The Royal Society of Medicine dan merupakan bekas Penasihat Saintifik Kanan kepada Jawatankuasa Kerajaan UK bagi Keselamatan Perubatan.

Beliau pernah bekerja dengan doktor-doktor dan ahli sains klinikal yang utama di pusat-pusat pakar klinikal di UK dan di luar negara, dan melatih ahli-ahli farmasi di kedai perubatan rantaian terbesar di Britain dalam nutrisi pencegahan.

Dr Clayton telah berceramah di Royal College of General Practitioners. Beliau sering mewakili dan mengetuai Persidangan Antarabangsa bagi nutrisi dan kesihatan.

Buku-buku beliau termasuk Health Defence dan After Atkins.
Dr. Paul Clayton
Lembaga Penasihat Saintifik MonaVie