| MonaVie Essential 1. Apa itu MonaVie? Dengan falsafah Seimbang-Kepelbagaian-Kesederhanaan dalam minda, MonaVie mencipta minuman yang menawarkan rasa yang berbeza. Hasilnya adalah suatu minuman yang mencergaskan dan menyegarkan yang mempromosikan cara hidup yang seimbang. MonaVie™ adalah lakuran mengecurkan beri acai Brazil dan 18 buah-buahan lain yang enak.
2. Apa kandungan nutrisi dalam 30ml MonaVie? Fakta Nutrisi Saiz hidangan: 30 ml Tenaga: 85 kJ Karbohidrat: 4 g Jumlah Gula: 3 g Protein: 0.2 g Lemak: 0.2 g Monotaktepu: 0.12 g Politaktepu: 0 g Tepu: 0 g Asid Lemak Trans: 0 g |
1. Apa itu penyata misi MonaVie?
Misi MonaVie adalah untuk membina komuniti global yang mendedikasikan, berkongsi bersama serta melindungi sumber-sumber bumi yang paling unik dan menyihatkan badan.
2. Apa yang membuatkan produk-produk MonaVie berbeza?
Produk-produk MonaVie adalah campuran enak beri açai Brazil dan 18 buah-buahan enak yang lain. Dibentuk dengan falsafah Keseimbang-Kepelbagaian-Kesederhanaan, MonaVie telah mencipta minuman yang menawarkan rasa yang berbeza.
3. Produk MonaVie yang manakah patut saya ambil?
Kesemua produk-produk MonaVie mengandungi açai dan campuran buah-buahan yang enak. Hasilnya adalah dua minuman yang mencergaskan dan menyegarkan yang mempromosikan cara hidup yang seimbang. Dibina berdasarkan asas minuman asal MonaVie, MonaVie Pulse adalah tambahan yang menyegarkan kepada diet yang bervariasi dan menyeluruh.
4. Adakah produk-produk MonaVie merawat, memulih atau mengelakkan penyakit?
Tidak. Ia adalah produk semula jadi. MonaVie bukan untuk merawat, memulih atau mengelakkan penyakit.
5. Apakah hayat simpanan minuman MonaVie?
Jika tidak dibuka, produk-produk MonaVie mempunyai hayat simpanan selama satu tahun, dari tarikh pengeluaran. Setelah dibuka, MonaVie harus disejukkan dan diminum dalam 15 hingga 30 hari. Untuk kesegaran yang optimum, kami sarankan menyejukkan produk-produk sebelum dan selepas dibuka.
6. Adakah produk-produk MonaVie selamat?
Ya, produk-produk MonaVie selamat dan mengandungi hanya bahan makanan yang boleh diterima. MonaVie mengandungi jus-jus dan puri buah-buahan yang terdapat dalam bekalan makanan yang telah diminum oleh pelbagai budaya untuk beratusan tahun. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai kerisauan kesihatan, anda patut baca label untuk kandungan bahannya dan berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang produk atau program baru.
7. Apakah buah-buahan yang terkandung dalam produk-produk MonaVie?
MonaVie mengandungi açai, anggur putih, epal, acerola, pear, aronia, anggur ungu, cranberi, pisang, bilberi, beri biru, cupuacu, kiwi, buah markisah, buah prun, camu camu, beri wolf, delima dan laici.
MonaVie Pulse mengandungi açai, anggur, nenas, epal, acerola, straberi, pear berduri, delima, cupuacu, elder beri, yum beri, bil beri, beri biru, ceri, kranberi, raspberi, aronia dan camu camu.
MonaVie Pulse mengandungi açai, anggur, nenas, epal, acerola, straberi, pear berduri, delima, cupuacu, elder beri, yum beri, bil beri, beri biru, ceri, kranberi, raspberi, aronia dan camu camu.
8. Apa itu açai?
Açai adalah beri kecil, bulat dan ungu. Rupanya adalah serupa dengan anggur, tetapi ia mempunyai pulpa yang kurang dan satu benih tunggal yang besar.
9. Mengapakah beri açai nampaknya mendapat lebih perhatian daripada buah-buahan lain di MonaVie?
Semua buah-buahan yang terkandung dalam MonaVie membantu mempromosikan cara hidup yang seimbang manakala beri açai menjadi buahan "utama". Orang Brazil yang hidup di pinggir Amazon boleh terus hidup menggunakannya sebagai sumber tunggal makanan mereka. Melalui pemprosesan yang dipatenkan, MonaVie berupaya untuk memperolehi beri açai dalam bentuk yang paling sempurna.
10. Di manakah açai tumbuh?
Beri açai tumbuh berumpun pada palma açai, genus bagi 25-30 spesies palma yang berasal dari tropikal Tengah dan Selatan Amerika. Palma tinggi dan kurus yang boleh tumbuh 15-30 meter tinggi, dengan dedaun sampai 3 meter panjangnya. Sumber komersil utama açai datangnya daripada kawasan di mana beberapa sungai yang bertemu dalam muara Amazon, mengosongkan sepanjang sudut timur laut Brazil ke dalam Lautan Atlantik di antara negeri-negeri Para dan Amapa. Rakyat Brazil merujuk kepada açai sebagai "Susu Amazon".
11. Adakah menuai beri açai menghapuskan Hutan Hujan Amazon?
Tidak. Makanan harian bagi populasi tempatan, açai adalah bahagian penting ekonomi. Melalui perkongsian dengan MonaVie, orang tempatan mengamalkan cara menuai ekologi yang memberikan faedah-faedah ekonomi jangka masa panjang. Oleh kerana pokok açai mengeluarkan buah sepanjang tahun, para penuai memperolehi faedah dari pendapatan yang berterusan yang membantu mengekalkan kehidupan di Amazon dan mengekalkan hutan hujan.
12. Berapa banyak açai terkandung dalam produk-produk MonaVie?
Jumlah tepat açai atau buah-buahan lain yang terkandung dalam campuran kami tidak didedahkan. Ini dianggap sebagai salah satu daripada aset intelektual syarikat yang paling besar. Walau bagaimanapun, bahan-bahan wujud pada label dalam susunan, mengikut jumlah, paling banyak ke paling sedikit. Ini bermaksud, oleh kerana açai merupakan buah pertama yang disenaraikan pada label, ia adalah buah yang paling banyak dalam campuran.
13. Adakah MonaVie menggunakan Pempasteuran Flash?
Ya. Dengan pempasteuran flash, produk tersebut dipanaskan untuk lebih kurang 15-30 saat dan kemudian disejukkan dengan serta merta. Dengan hanya mendedahkan produk tersebut kepada suhu yang tinggi untuk masa singkat, kebanyakan—jika bukan semua—perubahan rasa dan warna dielakkan. Pempasteuran flash lebih diminati berbanding dengan cara-cara lain kerana ia membunuh mikrob tanpa menghapuskan phytonutrisi.
14. Di manakah produk-produk MonaVie dibuat?
Produk-produk MonaVie dibuat di Amerika Syarikat.
15. Apakah rumpun hijau dalam minuman MonaVie?
Lapisan dan rumpun hijau yang dilihati dalam minuman MonaVie adalah bahan-bahan yang dikenali sebagai asid lemak mono-dan politaktepu, yang datangnya dari beri açai. Bergantung pada kawasan Amazon dan masa açai beri dituai, kandungan lemak mungkin boleh berubah sedikit dari botol ke botol. Sama seperti sebarang buah mentah lain, ia tidak mempunyai kandungan yang tepat-tepat sama setiap kali ia tumbuh. Setiap usaha dibuat sewaktu proses pembuatan untuk memastikan produk-produk MonaVie adalah selamat secara konsisten.
16. Mengapa produk saya kadang-kadang rasanya atau kelihatannya berbeza?
Seperti sebarang produk yang menggunakan ramuan semulajadi, ada perbezaannya di antara kelompok ini dengan kelompok yang lain. Contohnya, ia bergantung pada keluasan Amazon dan masa penuaian bagi beri açai pada tahun tersebut. Kandungan lemak juga adanya sedikit perbezaan di antara botol ini dengan botol yang lain. Seperti buah mentah yang lain, ia tidak memiliki komposisi yang sebenarnya bagi setiap pertumbuhan. Setiap usaha dilakukan semasa proses perkilangan untuk memastikan bahawa produk MonaVie adalah selamat.
17. Bolehkah anda bandingkan MonaVie dan produk "X"?
Kami faham keinginan untuk membuat perbandingan terus terhadap produk lain dengan MonaVie; walau bagaimanapun, oleh kerana polisi syarikat terkini, kami tidak boleh memberikan perbandingan produk. Perbandingan terus produk datangnya bersama liabiliti undang-undang yang besar. Ia lebih mudah untuk tidak membuat bandingan. Kami, walau bagaimanapun, gembira untuk memberikan anda beberapa maklumat yang menggambarkan campuran minuman MonaVie dan sebab-sebab yang membuatkan produk MonaVie apa yang ia kini berada.
Beri açai mengandungi lemak-lemak monotaktepu dan politaktepu secara semula jadi. Banyak syarikat memilih untuk menjernihkan atau mengeluarkan lemak-lemak ini dari produk-produk açai mereka; walau bagaimanapun MonaVie terikat untuk memberikan açai yang tidak dijernihkan. Bahan buahan nombor satu dalam campuran minuman MonaVie adalah açai. Dengan melihat pada senarai bahan, anda boleh melihat apa bahan yang paling banyak. MonaVie menggunakan açai yang dikering-bekukan dan puri yang dibekukan. Dengan mengering-bekukan açai, sebanyak 100% daripada kandungan dikekalkan.
Beri açai mengandungi lemak-lemak monotaktepu dan politaktepu secara semula jadi. Banyak syarikat memilih untuk menjernihkan atau mengeluarkan lemak-lemak ini dari produk-produk açai mereka; walau bagaimanapun MonaVie terikat untuk memberikan açai yang tidak dijernihkan. Bahan buahan nombor satu dalam campuran minuman MonaVie adalah açai. Dengan melihat pada senarai bahan, anda boleh melihat apa bahan yang paling banyak. MonaVie menggunakan açai yang dikering-bekukan dan puri yang dibekukan. Dengan mengering-bekukan açai, sebanyak 100% daripada kandungan dikekalkan.
18. Adakah terdapat sebarang vitamin K dalam MonaVie dan MonaVie Pulse?
Untuk pelanggan-pelanggan yang risau tentang tahap Vitamin K kerana perubatan mencairkan darah, sila berunding dengan doktor sebelum mengambil sebarang produk-produk MonaVie. MonaVie mengandungi 8mcg vitamin K setiap 30 ml. MonaVie Pulse mengandungi 15 mcg vitamin K setiap 60 ml.
19. Adakah MonaVie berinteraksi dengan sebarang perubatan preskripsi?
MonaVie tidak memberikan nasihat perubatan. Jika anda mengambil perubatan preskripsi dan berada di bawah pemerhatian doktor, sila runding dengan doktor anda atau ahli farmasi anda sebelum mengambil MonaVie. MonaVie dan MonaVie Pulse adalah sangat selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perubatan preskripsi diketahui dapat berinteraksi dengan makanan. Sesetengah interaksi makanan/nutrisi yang patut anda berjaga-jaga apabila mengambil MonaVie, contohnya apabila mengambil vitamin K dengan pencair darah atau anti-pembeku (contohnya, Coumadin®), dan kalium dengan tekanan darah (contohnya, metoprolol dan propranolol) dan perubatan perencat ACE (Contohnya captopril).
20. Bolehkah penghidap penyakit kencing manis minum produk-produk MonaVie?
Kami menasihati sesiapa dengan sebarang keadaan perubatan untuk berunding dengan doktor mereka sebelum minum produk-produk MonaVie. Sila fahami bahawa kerana setiap pesakit kencing manis adalah berbeza, ada yang bergantung pada insulin dan yang lainnya tida, MonaVie akan mempengaruhi setiap individual secara berbeza. MonaVie mengandungi 3 gram gula asli (karbohidrat) setiap 30 ml. MonaVie Pulse mengandungi 7 gram gula setiap 60 ml. MonaVie tidak menambah gula tambahan kepada produk-produk tersebut.
21. Mengapakah produk-produk MonaVie mengandungi pengawet?
Pengawet membantu mengekalkan kesegaran suatu produk. Sodium benzoate, garam sodium dari asid benzoik, boleh mengelakkan hampir pertumbuhan untuk semua mikroorganisma (contohnya, yis, bakteria dan kulat). Asid benzoic didapati secara semula jadi dalam teh, jintan manis, kebanyakan beri, produk susu yang dikulturkan dan keju, kulit ceri dan kulit gelenggang.
Kalium sorbat adalah versi garam kalium dari asid sorbik, satu lemak politaktepu yang digunakan untuk mengelakkan pertumbuhan kulapuk. Asid sorbik telah diuji secara berulang kali bagi keselamatan dan keberkesanan, dan hari ini ia merupakan satu daripada bahan tambahan makanan yang diuji secara teliti dalam sejarah.
Kalium sorbat adalah versi garam kalium dari asid sorbik, satu lemak politaktepu yang digunakan untuk mengelakkan pertumbuhan kulapuk. Asid sorbik telah diuji secara berulang kali bagi keselamatan dan keberkesanan, dan hari ini ia merupakan satu daripada bahan tambahan makanan yang diuji secara teliti dalam sejarah.
22. Adakah sebarang produk-produk MonaVie mengandungi MSG?
Tidak.
23. Adakah produk-produk MonaVie bebas dari gluten?
Ya.
24. Mengapakah terdapat perasa semula jadi dalam produk-produk MonaVie?
Perasa semula jadi meningkatkan profil rasaan keseluruhan produk-produk MonaVie. Campuran rasa semula jadi MonaVie diperolehi terutamanya dari raspberi.
HARGA PRODUK
012-2392826 ROZANNA.




