1. Apakah jenis Pelan Pampasan yang MonaVie ada?
MonaVie menawarkan pelan pampasan yang bermanfaat. Pelan kami adalah berdasarkan model perduaan, yang bermaksud bahawa anda akan dibayar pampasan berdasarkan kejayaan dalam membina dua pasukan yang cemerlang. Pelan pampasan MonaVie juga menawarkan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan, termasuk jualan runcit, komisen pasukan, kelompok bonus, suai semak, dan banyak lagi.
2. Adakah saya perlu menjadi seorang pengedar untuk membeli barangan MonaVie?
Anda boleh membeli barangan MonaVie pada harga jualan borong dengan menyertai sebagai seorang pengedar. Anda juga boleh membeli barangan daripada seorang pengedar sebagai pelanggan runcit pada harga runcit tanpa penyertaan. Tambahan pula, anda boleh menyertai sebagai Pelanggan yang Diutamakan dan membeli produk-produk pada harga borong; walau bagaimanapun anda tidak akan layak untuk menyertai pelan pampasan.
3. Berapakah boleh saya perolehi sebagai pengedar MonaVie?
Salah satu daripada aspek-aspek peluang MonaVie yang menguntungkan adalah tidak terdapat had bagi potensi kejayaan anda. Dengan membina sendiri sebuah organisasi jualan yang kukuh dan bekerja dengan orang di dalam organisasi anda untuk melakukan yang sama, anda tidak akan mengumpil usaha-usaha orang ramai, tetapi anda juga akan mula memerolehi pendapatan melalui usaha-usaha orang ramai. Dengan MonaVie, kejayaan anda berada dalam kawalan anda.
4. Apakah definisi "aktif"?
Untuk dianggap "aktif", anda mesti mengeluarkan sekurang-kurangnya 100 PV atau mempunyai sekurang-kurangnya 100 PCPV yang dikeluarkan daripada pelanggan anda yang diutamakan. Anda mesti aktif dengan minimum 100 PV untuk menyertai FOB (bonus pesanan pertama).
5. Apakah definisi "berkelayakan"?
Untuk layak, anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengedar yang disertakan secara sendiri dan aktif pada kedua-dua kaki kiri dan kanan anda. Anda juga layak jika anda mempunya kaki yang disertakan sendiri yang memiliki sekurang-kurangnya 1000 jumlah mata setiap empat minggu sebalik daripada satu atau kedua-dua pengedar yang disertakan secara tersendiri dan aktif. Para pengedar yang "aktif" dan "layak" mempunyai potensi untuk memerolehi komisen yang lebih tinggi.
6. Jika saya menjadi "tidak aktif" dengan tidak memesan barangan, apakah akan terjadi kepada jumlah saya dan organisasi saya?
Semua Jumlah Pasukan yang telah dikumpulkan akan diset semula pada sifar; walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda diaktifkan semula dengan pembelian sebuah produk atau dengan pesanan pelanggan yang diutamakan pada sekurang-kurangnya 100 PV, anda akan mula mengumpul semula Jumlah Pasukan apabila produk-produk dibeli dalam organisasi bawahan anda. Anda juga tidak akan hilang organisasi anda dengan menjadi tidak aktif.
7. Mengapakah saya dianggap aktif bagi empat minggu sebalik daripada sepanjang bulan?
Kerana kami membayar komisen secara mingguan (sebalik daripada bulanan), definisi "aktif" adalah jangkamasa gulingan empat minggu (sebalik daripada sepanjang bulan).
8. Jika saya merupakan seorang pengedar yang aktif dan layak, apakah komisen yang boleh saya perolehi?
Menjadi aktif dan layak adalah asas bagi memerolehi komisen dengan MonaVie. Dengan menerima pembayaran komisen maksimum, seorang pengedar boleh menjadi aktif pada 200 PV. Seorang pengedar yang aktif pada 100 PV layak bagi pembayaran komisen sebahagian. Anda tidak perlu menjadi aktif atau layak untuk memerolehi Bonus Pelanggan Yang Diutamakan. Bagi penjelasan yang terperinci bagi 8 Cara Untuk Memerolehi Pendapatan dengan MonaVie, sila lihat dokumen PDF Pelan Pampasan MonaVie yang berada di dalam bahagian Perpustakaan Dokumen di Pejabat Maya anda.
9. Jika saya menaja seorang pengedar yang membuat pesanan pertama beliau sebelum saya membuat pesanan pengaktifan 100 atau 200 PV saya, bolehkah saya masih memerolehi Bonus Pesanan Pertama?
Tidak. Anda mestilah aktif pada masa pesanan dibuat.
10. Adakah semua komisen dan bonus dibayar secara mingguan?
Ya. MonaVie berkomited untuk membayar komisen setiap Jumaat (US-MST/MDT). Walau bagaimanapun, adalah penting untuk perhatikan bahawa proses pembayaran kami berbeza di Malaysia. Selaras dengan peraturan Kerajaan Malaysia, MonaVie memberikan sebarang bonus yang diperolehi atas pesanan produk dalam minggu seterusnya dan bayaran diterima pada hari Jumaat dua minggu selepas pesanan dibuat. Contohnya: Para pengedar yang membuat pesanan antara Hari Sabtu dan Jumaat akan menerima bayaran bagi bonus yang diperolehi di dalam akaun Komisen MonaVie mereka pada dua Jumaat yang akan datang.
11. Bagi tujuan komisen dan jumlah bilangan, bilakah suatu minggu itu bermula dan bilakah minggu tersebut tamat?
Minggu komisen kami bermula pada Hari Sabtu pada pukul 12:01 pagi (US-MST/MDT) dan tamat pada waktu malam hari Jumaat yang berikutnya tepat pada pukul 12 tengah malam (US-MST/MDT).
12. Sebaik sahaja saya perolehi komisen, bilakah saya akan dibayar?
Minggu komisen MonaVie bermula dari hari Sabtu hingga hari Jumaat (US-MST/MDT). Sebarang komisen yang diperolehi sewaktu jangka masa mingguan tersebut akan dibayar dalam dua minggu, oleh kerana peraturan Kerajaan Malaysia, sebelum 12:00 tengah malam pada hari Jumaat (US-MST). MonaVie akan memasukkan pendapatan anda terus ke dalam akaun MVPay Hub yang anda terima apabila memerolehi komisen pertama anda.
13. Apabila sebuah pesanan yang dibuat mengeluarkan Bonus Pesanan Pertama, apakah jumlah peratus yang berguling ke orang atasan?
100 peratus daripada jumlah jualan (SV) berguling ke atas.
14. Apabila komisen pasukan telah dibayar, apakah jumlah yang akan dipadamkan dari pusat perniagaan saya?
Sebarang jumlah pada kedua-dua kaki kiri dan kanan anda yang telah digunakan untuk memerolehi komisen pasukan akan dipadamkan. Sebarang jumlah yang belum dibayar akan terus terkumpul asalkan anda terus aktif.
15. Apakah itu pelanggan runcit?
Seorang pelanggan runcit adalah seorang yang membeli produk-produk MonaVie daripada seorang pengedar yang sudah pun wujud. Seorang pelanggan runcit bukan seorang pengedar.
16. Apakah itu Pelanggan yang diutamakan?
Dengan Program Pelanggan Yang Diutamakan kami, anda boleh menaja orang yang anda jumpa setiap hari yang berminat untuk menggunakan produk-produk MonaVie, tetapi mungkin belum lagi sedia untuk memulakan perniagaan pengedar. Pelanggan-pelanggan yang diutamakan dibenarkan untuk membeli satu pilihan produk MonaVie yang luas pada harga borong dan anda boleh menaja pelanggan-pelanggan yang diutamakan anda menggunakan Pejabat Maya anda.
17. Bagaimanakah saya memperolehi Bonus Pelanggan yang Diutamakan?
Apabila pelanggan yang diutamakan yang anda sendiri menaja membeli produk, anda menerima separuh daripada jumlah bilangan daripada belian tersebut. Tambahan pula, 50 peratus daripada separuh lagi jumlah bilangan dibayar kepada anda sebagai bonus. Contohnya, dari sekotak jus, mengandungi bilangan biasa, yang dipesan oleh pelanggan yang diutamakan anda (dengan 50 PCPV), anda memerolehi 25 GBU sebagai Bonus Pelanggan Yang Diutamakan dan 50 PCPV berguling kepada anda dan orang atasan anda. Sebarang daripada PV melebihi 200 berguling ke kaki anda yang kurang bilangan. Anda tidak perlu aktif atau super aktif (atau berkelayakan) untuk memerolehi Bonus Pelanggan Yang Diutamakan.
PLAN PEMASARAN MONAVIE
